Fantasy Island
Make Fun
Sunday, September 16 | 0Superstar (s)!

akhirnya minggu trial dah habis . merdeka sudah untuk trial paper tapi belum merdeka untuk SPM paper . tapi semenjak ni aku nak malas nak study . taj tahu kenapa ? maybe terpengaruh dengan kawan atau online . apa2 pun aku harap penyakit malas aku akan sembuh . gila apa kalau nak dekat SPM baru hilang penyakit malas . aku rasa trial aku hancur kot . sains pun dah hancur . apatah lagi subject lain . aku tak sangka ada cikgu yang prihatin terhadap aku . siap tanya aku ada masalah tak . terbaiklah mentor aku . sayang cikgu . hehe


sebelum terlambat , aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang wish dan bagi hadiah pada birthday saya . sebaiklah waktu tu aku tak ambil add math , kalau tak gerenti tulah hadiah istimewa aku . apa2 pun aku dapat juga hadiah daripada 3 orang iaitu farida , warden dan wan . nak tahu apa warden bagi hadiah dekat aku , hadiahnya ialah lari satu pusingan di padang . terbaik hadiah daripada warden aidayanti .

hadiah pertama aku daripada farida . thank , farida . cepat betul dia bagi hadiah dekat aku . dia cakap dia nak jadi orang pertama yang bagi kau hadiah . hadiah yang dia bagi ialah teddy bear . semua orang cakap teddy bear tu comel . farida siap dah bagi nama dekat dia . nama dia YUKI . dia kata puas dia pikirkan nama untuk teddy bear ni . dia nak namakan ikut nama jepun . last2 dapat nama YUKI . gabungan nama aku dengan dia . aku katalah dekat dia YUKI maksudnya salji dalam jepun .




hadiah daripada wan lak . thank ,wan . sanggup dia beli coklat ni walaupun duit tak ada . haha . akibat daripada ni , satu kelas ejek aku . hampeh betul . dia ni tahu2 je aku suka makan coklat . tapi coklat ni aku share dengan kawan2 aku . bila aku cerita dekat wan yang aku share dengan kawan aku , dia cakap kenapa tak makan sorang2 ? haha . lawaknya . apa salahnya share dengan member .

malam sebelum birthday , habis aku dikerjakan oleh budak2 ni . boleh lak aku terlupa birthday aku . hampeh betul . yang tak boleh blah dorang balik tepung pulut dekat aku . sampai masuk mata . last2 semua basah kena air . dorang main tepung , aku main air . haha . ambil kau . berpesta dalam bilik basuh . tapi time tu lah ada mulut hamba allah yang tak berinsurans . marah2 kitaorang . padahal dulu dorang buat tak apa lak . apa2 pun lantaklah dengan dorang .

ok , sekian sahaja cerita saya . jumpa lagi . bubye . :)


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Hi peeps. I'm Shira Qila . Please enjoy yourself at my blog:D

underlined, bold

blockqoute


Diary About Stuff Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!


The Credits!

Template by : Cherrybam and NadyaWiwit
Basecode by : Nadya
Header by : Munirah
Sidebar coding : Kak Fatin Full Edited : ShiraQila

Best View at GOOGLE CHROME!