
Cuti Mid SemSunday, December 22 | 0Superstar (s)!
Assalamualaikum.
Hai semua . Time to update blog . Dah bape bulan blog ni tak terusik . Maklumlah dekat sana bukannya sempat nak update blog . Busy memanjang dengan assignment dan homework yang berlambak . Selama sebulan menghadap bumi jengka , minggu ni baru boleh balik rumah . Balik pun sebab cuti mid semestar . Dah ar cuti mid sem sekali dengan krismas dan new year . So dapatlah extra seminggu lagi cuti . Selalunya seminggu je cuti tapi tahun ni maybe special sikit . Baru JE 4 minggu jadi part 2 . Dah ar subjek part 2 ni aku tak paham sangat . Subjek untuk part 2 sekarang ialah CTU151, ELC150, FAR 160, MAF151 , MGT162 dan STA104. Nak cerita pasal subjek part 2 ni :
Dalam kelas aku boleh dikatakan main2 lah . Pastu mulalah tak paham . Hihi . Aku memang berperangai macam tu . Suka sangat main2 dalam buat kerja .
The End of First SemesterSunday, October 13 | 0Superstar (s)!
Finally , berjaya juga aku harungi semester 1 . Say hello to holiday and say goodbye to final exam . Sekarang bemulalah sudah cuti sem selama sebulan . sebulan je , okay . tak lama pun . pejam celik pejam celik , terus dah semester 2 . sekarang masa untuk relax -II . no stress-II , okay . Perjalanan sebagai pelajar perkaunan di uitm jengka ni bolehlah tahan seronoknya . Duduk dekat sana dapat rakan baru , suasana baru , pendek kata semua baru je . haha . tapi tak boleh blar sebab first time aku dapat bilik atas sekali . tak pernah kot dapat tingkat atas . nasiblah badan . setiap hari buat exercise . tapi duduk sana , aku asyik makan fast food je . memang berat badan aku naiklah kan . bukan makin turun tapi semakin naik . tak berani aku nak timbang berat badan aku . Semester 1 ? aku ingat aku ambil course akaun ni maknanya aku belajar akaun je tapi rupa-rupanya belajar benda lain juga . bagi sem 1 , aku belajar financial accounting 1 , Micro economics , business math , introduction of business , fundamental of islam dan integrated language skills : listening . plus dengan kokurikulum kesatria negara . masuk kerana terpaksa . Roommate ? happy gila dapat roommate macam dorang . semua stok gila-II . tapi aku enjoy dengan dorang . hope dapat sama bilik lagi dengan dorang . insyaallah . walaupun berbeza course tapi kami tak kisah . Syeda dengan typing dia . biasalah life budak OM . Asyik main keyboard je . Syera asyik duduk karaoke dalam bilik . katanya nak hilangkan stress dengan menjerit . Aing asyik layan running man dalam bilik . tak sah kalau tak dengar dia gelak . Final Exam ? aku main jawab je . harap-II aku lulus 3.00 above . aku tak nak jadi repeater , okay . tak nak belajar junior . malu bai . dengar cerita result keluar hujug bulan ni . cepat gila keluar result . memang cuaklah kan . dah ar aku main merapu je jawab final exam . siap ada kenangan lagi . bananana . tak boleh nak mention kenangan tu . okaylah , malas nak taip banyak-II . Curse of chucky is waiting for me . gonna watching my cute chucky . haha . babai . Program Di Kem PLKN Cancun Park , Pasir Mas , KelantanWednesday, March 20 | 0Superstar (s)!
Plkn Siri 1 Kumpulan 1/2013 sudah tamat pada hari sabtu . Rasa sedih je nak berpisah dengan kawan di sana . Maklumlah selama 2 bulan lebih duduk bersama . Banyak gila pengalaman yang aku dapat dekat sana . Mula mula datang memang tak suka gila lah dekat plkn . Rasa menyampah je duduk sini . Lama lama jadi suka pulak .
Ini dia jadual sepanjang aku di sana :
Ceramah Maulidur Rasul di Kem PLKN Cancun ParkMonday, February 11 | 0Superstar (s)!
CERAMAH MAULIDUR RASUL
TIPS UNTUK MENJADI ANAK YANG SOLEH
Kem PLKN Cancun Park Sunday, February 10 | 0Superstar (s)!
mula mula dapat plkn memang aku sedih gila . aku dah plan nak kerja dekat kuantan . last last dapat plkn pulak . redha je lah . dapat punyalah jauh . dekat pasir mas , kelantan . balik semula ke negeri kelahiran sendiri . 6 jam perjalanan ke sana . sebelum tu nama kem aku tu KEM PLKN CANCUN PARK , nama diambil dari satu tempat di mexico . siap ada gaya lagi . dekat sana hanya tiga negeri je = kelantan , terengganu dan pahang .
aku ingat mula mula aku tak ada kawan nak pergi sana . sebaik ada juga member dari kecil aku dapat tempat sama dengan aku . dahlah budak sekolah aku langsung tak ada yang dapat satu tempat dengan aku , just sorang je budak lelaki yang dapat satu tempat dengan aku . tu pun aku tak kena . haha . member yang cakap dekat aku tentang budak tu . kalau tak cakap aku memang tak tahu punya . pertama kali sampai dekat plkn rasa tak happy je . yelah , pergi dengan keadaan terpaksa . budak dari lipis sampai lambat . budak terangganu sampai pagi . sampai sampai kena beratur sebab kena hantar borang . dapat dorm b'villa 23 . aku pelik bendalah b'villa tu , rupa rupanya tu nama singkatan je . nama sebenar dorm tu ialah bourgenvilla . Li dengan Mi dapat dorm lain . sebaik dekat je dorm dorang . mula mula masuk tak ada katil dan loker . kena buat aduan . dapat katil dengan loker time malam . dah ar loker kecil . 1/3 daripada loker dekat hostel dulu . sebaiklah barang sikit je . dekat sana budak dorm aku panggil aku sha . singkatan nama shahira . tapi budak yang dah lama kena aku panggil aku aera . air tak ada time mula masuk . ah sudah , macam mana nak mandi ni . last last aku mandi dekat dorm dahlia . sebaiklah ada air . aku pun dapat kawann baru dari pahang dalam dorm tu , nama dia ainul . duduk dekat padang tengku . tapi lepas seminggu dia pindah sebab dia dapat STAM . tinggallah aku sorang budak pahang dalam dorm tu . dah lah aku tak paham bahasa kelantan , asyik cakap HUH je . majoriti budak sana budak cerdik pandai . ada yang dari SBP dan MRSM . gila betul . dekat sana terpaksalah belajar bahasa kelantan tapi aku lidah keras . susahlah nak cakap . jadi pelik bila aku cakap .
sampai di sini sahaja aku nak cerita . letihlah nak taip lagi . haha . sayonara . Make FunSunday, September 16 | 0Superstar (s)!
akhirnya minggu trial dah habis . merdeka sudah untuk trial paper tapi belum merdeka untuk SPM paper . tapi semenjak ni aku nak malas nak study . taj tahu kenapa ? maybe terpengaruh dengan kawan atau online . apa2 pun aku harap penyakit malas aku akan sembuh . gila apa kalau nak dekat SPM baru hilang penyakit malas . aku rasa trial aku hancur kot . sains pun dah hancur . apatah lagi subject lain . aku tak sangka ada cikgu yang prihatin terhadap aku . siap tanya aku ada masalah tak . terbaiklah mentor aku . sayang cikgu . hehe
sebelum terlambat , aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang wish dan bagi hadiah pada birthday saya . sebaiklah waktu tu aku tak ambil add math , kalau tak gerenti tulah hadiah istimewa aku . apa2 pun aku dapat juga hadiah daripada 3 orang iaitu farida , warden dan wan . nak tahu apa warden bagi hadiah dekat aku , hadiahnya ialah lari satu pusingan di padang . terbaik hadiah daripada warden aidayanti . hadiah pertama aku daripada farida . thank , farida . cepat betul dia bagi hadiah dekat aku . dia cakap dia nak jadi orang pertama yang bagi kau hadiah . hadiah yang dia bagi ialah teddy bear . semua orang cakap teddy bear tu comel . farida siap dah bagi nama dekat dia . nama dia YUKI . dia kata puas dia pikirkan nama untuk teddy bear ni . dia nak namakan ikut nama jepun . last2 dapat nama YUKI . gabungan nama aku dengan dia . aku katalah dekat dia YUKI maksudnya salji dalam jepun . hadiah daripada wan lak . thank ,wan . sanggup dia beli coklat ni walaupun duit tak ada . haha . akibat daripada ni , satu kelas ejek aku . hampeh betul . dia ni tahu2 je aku suka makan coklat . tapi coklat ni aku share dengan kawan2 aku . bila aku cerita dekat wan yang aku share dengan kawan aku , dia cakap kenapa tak makan sorang2 ? haha . lawaknya . apa salahnya share dengan member . malam sebelum birthday , habis aku dikerjakan oleh budak2 ni . boleh lak aku terlupa birthday aku . hampeh betul . yang tak boleh blah dorang balik tepung pulut dekat aku . sampai masuk mata . last2 semua basah kena air . dorang main tepung , aku main air . haha . ambil kau . berpesta dalam bilik basuh . tapi time tu lah ada mulut hamba allah yang tak berinsurans . marah2 kitaorang . padahal dulu dorang buat tak apa lak . apa2 pun lantaklah dengan dorang . ok , sekian sahaja cerita saya . jumpa lagi . bubye . :) Bling BlingSaturday, August 18 | 0Superstar (s)!
lamanya tak update blog . rindu sangat sangat dekat blogger aku ni . macam macam cerita sepanjang bulan ni . nak update tak sempat . maklumlah budak SPM kena banyak fikir tentang pelajaran (padahal tak pun) .
Esok raya . yahoo sukanya (sukalah sangat) . raya ni aku tak tahu bila aku nak ziarah kubur arwah ayah aku . sedih bila aku memikirkan arwah ayah aku . rindu sangat dengan dia (tahan air mata nak keluar) . akak doakan semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dijauhkan daripada azab api neraka . amin . nanti akak dengan keluarga datang kubur ayah tau . insyaallah . KALAU DAH RAYA MESTI ADA BAJU RAYA KAN ? tapi aku sekarang ni tak beli lagi baju raya . just ada kain yang perlu dijahit . aku tengok mak aku macam tak sempat je buat baju aku . mesti kena pakai baju kenduri dekat perak . tu lah nasib sebagai anak penjahit baju . baju orang lain disiapkan , baju anak kemudian disiapkan . redha je lah teriba nasib ni . tapi akak berterima kasih dengan mak sebab banyak berkorban demi keluarga . sejak arwah ayah tak ada , mak lah yang mencari rezeki . sampai pernah accident . tu pun sakit patah tangan mak aku tak elok elok pun . dah setahun lebih mak aku accident tapi tak baik baik . dah ar accident waktu birthday arwah ayah .
KAMPUNG HALAMAN ? aku dah tak ada lah . atuk aku dah duduk rumah aku . saudara mara je lah yang balik rumah aku . aku lah tak merasa nak balik kampung . wan aku lak cuma jauh 2 kilometer je . rasa macam bukan balik kampung je . rasa macam jalan jalan je . sabar je lah . DUIT? alhamdulilah , aku banyak dapat duit zakat dan sumbangan . terima kasih bagi dengan saya . semoga allah mudahkan rezeki mereka . amin . lagi satu , aku nak berterima kasih kepada cikgu yang sponsor aku pergi berbuka puasa di Janda Baik . aku langsung tak tahu siapa yang sponsor . aku terkejut juga hari tu sebab cikgu shima cakap ada orang tolong bayarkan untuk aku . arigatou .
TRIAL ? langsung tak buat persiapan . macam mana lah nak jawab nanti . trial SPM jatuh pada tarikh 03/09/2012 bersamaan hari isnin . harap aku dapat jawab soalan trial SPM . BIRTHDAY ? hari lahir jatuh pada hari jumaat , penghulu segala hari bersamaan 07/09/2012 . genaplah umur aku 17 tahun . entah apalah nasib aku malam sebelum hari lahir aku . harap aku tak kena tepung , bedak or telur . umur semakin meningkat , badan tak meninggi pun . pendek je . oklah sampai sini je coletah aku . nanti aku sambung lagi . Jaane . Bye Bye . |
The Disclaimer ![]() Hi peeps. I'm Shira Qila . Please enjoy yourself at my blog:D underlined, bold blockqoute Let's Talk!
The Credits!
Template by : Cherrybam and NadyaWiwit
Basecode by : Nadya Header by : Munirah Sidebar coding : Kak Fatin Full Edited : ShiraQila
![]() |