Fantasy Island
50 perkara yang aku benci
Wednesday, May 30 | 0Superstar (s)!

hari ni tergerak hati nak update blog sebab dekat trending twitter ada sebut pasal #50ThingsIHate . nak tweet dekat twitter takut jadi banyak pulak . sebab tu update je dekat blog . kan senang . 
  • orang yang meniru ketika exam
  • barua
  • sinetron indonesia
  • serangga yang menggelikan
  • penipu
  • motivasi yang membosankan
  • makanan laut
  • budak gedik 
  • spot check
  • kena ejek 
  • lagu slow 
  • kena menunggu
  • homework yang banyak
  • cuti sekolah yang pendek
  • rambut bercabang
  • orang yang tak reti berterima kasih
  • bau busuk 
  • tempat yang berselerak
  • bau asap rokok
  • orang yang suka memperlekehkan aku dalam diam2
  • duduk kesunyian/keseorangan
  • stupid person
  • connection internet slow
  • tak ada duit nak beli barang
  • orang yang suka membuang masa aku 
  • perut masuk angin . 
  • orang membebel dekat telinga aku . lama2 boleh buat aku peka kalau asyik mendengar .
  • cikgu buat ujian mengejut . memang sakit hati ar . dah ar tak ready baca buku .
  • kawan khianat  
  • orang yang suka rosakkan harta kesayangan aku 
  • kehilangan orang tersayang 
  • orang yang suka ganggu ketenteraman orang lain
  • bullying
  • tak dapat tengok cerita kegemaran
  • ada SCANDAL dengan lelaki
  • makanan yang tawar . sesuai untuk orang sakit je kalau yang tawar ni .
  • memory phone hilang . sedih gila kalau hilang .
  • hidup tanpa dengar lagu .
  • kaki kebas . 
  • orang add kita dekat fb tapi hantar dekat wall kita "thanks add" . bapak perasan . padahal dia yang add .
  • orang hantar game dekat facebook
  • berat badan naik . 
  • muka tumbuh jerawat
  • kredit habis .
  • gigi rosak . sengsaralah kalau nak makan .
  • keputusan exam menurun .
  • musik klasik . boleh buat aku mengantuk je .
  • soalan bodoh .
  • kena cakar dengan kucing sampai habis kulit .
  • mulut celupar 

Finally
Sunday, May 27 | 0Superstar (s)!

hari ni baru berpeluang nak update dan edit blog . sebenarnya aku malas nak update tetapi kasihan dekat blog aku ni . macam dah berhabuk sebab tak ada orang yang berusik . Haha . sebelum ni aku nak update blog tapi malas ar pulak . tak pasal2 , semua pic yang aku nak snap tak masukkan dalam blog . ramai dah kawan2 aku tanya mana gambar hari tu ? sorry friend , nanti aku letak OK . bye .



Kursus Pengurusan Kelab dan Persatuan Negeri Pahang
Friday, March 30 | 0Superstar (s)!

lamanya tak update blog . maybe nak dekat sebulan kowt . HAHA . hari ni aku nak update pasal aku pergi kursus dekat cameron highlands .

sebenarnya aku dapat tahu yang aku terpilih untuk join sekali pergi kursus dekat cameron . hari tu hari rabu . aku baru je balik dari SMK Bentong . ada kursus kerjaya untuk PERHATI .Sampai dekat kelas Laila bagi tahu aku pasal hal tu . mula2 aku fikir aku malas nak pergi tapi sebab aku langsung tak ada sijil kokorikulum sebab tu aku nak pergi . nak kutip sijil koko pulak .

aku tak teruja sangat nak pergi sebab 3 minggu yang lepas aku baru je pergi cameron tapi hari tu pergi sekejab je  bukan berhari hari . kali ni pergi baru terasa sejuknya . serius , mula2 nak bermalam memang sejuk gila . tapi sejuknya bukan macam luar negara .

dekat kursus ini ada ramai budak dekat daerah pahang je . setiap daerah hantar 8 wakil . 4 perempuan , 4 lelaki . wakil perempuan dari sekolah aku (intan , laila , hanis dan aku) . wakil lelaki dari sekolah sulaiman . aku tak tahu sangat nama dorang .

mula2 aktiviti yang kena buat ialah ice breaking . macam biasalah . setiap kali kursus mesti ada ice breaking . mula2 pecahkan megikut daerah . duduklah dalam satu daerah , kena promo pasal daerah masing2 . tapi paling sedih sebab penceramah tak ingat pasal bentong . tak pasal2 bentong last kali kena promo . lepas tu , kena rombak pula . setiap kumpulan mesti ada wakil dari daerah masing2 . tak nak ada dua wakil dari sekolah yang sama . serius , aku memang tak suka waktu tu . aku kalau dah kena rombak dengan budak aku tak kena mesti akan diam , tunduk ke bawah dan masam . aku cuma senyum bila orang senyum dekat aku .

hari2 yang lain ceramah macam biasa mengikut group (malas nak cerita nanti tak pasal2 pasal lak blog ni ) . semua berpecah tapi duduk dalam barisan yang sama . intan group 2 , aku group 4 , laila group 6 dan hanis group 8 . semua nombor genap . HAHA .

komen pasal makanan pula . makanan sama je macam dekat hostel . makan ayam , ikan , udang dll . minuman pula aku selalu minum air teh . air teh dah lah aku bubuh bape sudu gula . tapiu kau still tak rasa manis walaupun aku bubuh banyak gula . makan pagi aku just makan roti dengan jem . malas nak makan nasi lemak .

sehari sebelum balik , pergi lawatan ke cameron highland . mula2 pergi kilang teh boh dekat sungai plebang . jalan dekat situ macam dekat bukit fraser je . jalan ada satu je . dah ar jalan cerun dekat situ . lepas tu pegi bee farm . tempat tu bukannya lawa pun . lepas pergi bee farm , pergi pasar dekat tepi jalan . orang lain beli strawberry tapi aku langsung tak beli . HAHA . tak kosong je . tapi lepas pergi strawberry park baru , aku beli barang ( lollipop dan strawberry vanilla untuk yana low) . dekat sana aku makan waffle dengan aiskrim . sedap tau . dah ar waffle tu lembut . terbaiklah . kasihan kita orang . pergi naik bas , balik jalan kaki . sebaik dekat je .

keesokan harinya balik . pegi MARDI sebelum balik . tapi kena tunggu sejam sebab MARDI tutup pukul 1 sampai pukul 2 . banyak bunga dekat sana . rasa menyesal tak bawa kamera . dekat sana aku beli strawberry kering je . pukul 3 baru gerak ke SEMENTA . sampai lak pukul 6 petang . sepanjang perjalanan aku tidur . pening + loya sebab aku makan banyak sebelum balik .

ok , tu je aku nak ceritakan . sebenarnya panjang lagi tapi aku malas nak update dah . sorry budak dorm , sebab tak bawak apa2 untuk korang tapi dulu aku ada bawa kan dulu . so bersyukur lah . assalamuailakum <3 . 

3 Hari 2 Malam
Sunday, March 4 | 0Superstar (s)!

hari ini baru aku berpeluang nak update blog aku . maklumlah orang baru je balik dari Perak . esok tak pasal2 kena ponteng sekolah . tapi nak buat macam mana dah tak sempat nak balik hostel dah . Hehe .

hari jumaat aku balik Perak . padahal hari tu tak balik sebenarnya tapi kau mohon untuk balik . tut , tut , bila mak aku ambil aku pukul 4 setengah , tiba tiba mak aku cakap ada orang call dekat rumah cakap betul ke aku nak balik perak . sakai betul . ingat muka aku ni muka tipu ke . tolong ar . aku bukan macam tu .

balik perak hari tu terpaksa ikut jalan genting highland dengan batang kali . jalan dia memang macam ular kena patuk je . bila naik genting , sejuk lah pulak . dah ar tak bawak sweater . tu lah tak nak degar cakap Farida .  menderita kesejukan aku bila lalu bukit yang tinggi dekat genting . dah lah hujan lebat sampailah chemor .

hari sabtu . ada majlis perkahwinan pak cik aku . serius sebenarnya aku bukannya suka pergi majlis perkahwinan walaupun ada kawan . malu lah ramai orang dekat mejlis perkahwinan . sebab tu aku tak suka pergi . dah ar tak ada kawan nak berborak . duduk macam tunggul je aku dekat situ . dah ar lama kena duduk dekat situ . memang bosan tahap gila lah .

hari ni baru balik dari perak . ikut jalan cameron highlands . alang alang tu dapat pergi cameron highland . tapi time lalu kawasan situ majoriti banyak kawasan orang asli . dah ar jalan sama je dengan genting highland . pening bila lalu situ . tapi happy bab dapat jalan jalan dekat sana . maklumlah pertama kali pergi sana . hehe



Telephone
Saturday, February 18 | 0Superstar (s)!



semalam aku hantar telephone C3 aku yang rosak dekat kedai . telephone aku kena tahan . sedihnya . dah ar tak boleh dengar lagu . serius aku cakap aku bosan . aku hantar ke kedai pun sebab nanti aku mungkin akan pergi Perak . dah alang2 pergi sana , baik tangkap gambar . telephone aku just rosak camera je . tak boleh nak tangkap gambar . tak seronok lah kalau tak tangkap gambar . telephone dah kena tahan jadi , aku tak boleh nak layan lagu dekat telephone aku . aku baru je nak dengar bila time balik rumah tapi tak sangka telephone aku kena tahan . aku harap tak lama telephone aku kena tahan . kalau tak , tidak bersemangat aku nak study dekat rumah . jangan mahal kena harga baiki sudah ar . lagipun aku ada warraty . tak habis setahun lagi . 

Keluar Di Raub
Friday, January 27 | 0Superstar (s)!

hari ni aku keluar duit biasiawa . aku semangat gila nak pergi sampai tak tidur semalam . teruk betul aku ni . apa nak jadi . time nak pergi Raub , jalan jem gila . orang kelantan banyak balik KL dah . sengsara betul . sebaik pergi awal sikit . kalau tak gerenti dah sesak . itu pun sampai bandar terus jem . traffic light rosak lah pula . time cuti memang suka sangat rosak . sakit hati betul .

Tahun ni tiba tiba duit masuk rm300 . selalunya masuk 250 dulu . tapi ada aku kisah pula . asalkan masuk . aku keluar 200 . dah maksimum 200 je . nak buat macam mana . tapi buku bank aku pegang sendiri . HAHA .

Lepas dah keluar duit apa lagi . pesta ke kedai buku ar . beli buku untuk SPM . rasa rambang mata tengok buku baca . rasa  nak beli je semua buku tapi mana mungkin boleh beli semua buku . habis duit aku beli buku rujukan . jumlah semua aku beli ialah rm160 . baki tinggal rm40 je . dashyat betul aku ni . itu pun sebab aku ada beli novel . alang2 tu nak relax kan otak . mana tak nya asyik study je .

baki rm40 tu aku pergi makan kfc . habis ar rm27 aku . HEHE . tapi tak apa . perut kenyang gila . lepas dah makan , apa lagi balik rumah lah . balik rumah aku terus baca novel sekebun bunga cinta best gila cerita tu . 

JpopAsia International Music Awards 2011 Result
Tuesday, January 24 | 0Superstar (s)!

Favorite Artist/Band



1.SCANDAL


2.KAT-TUN

3.YUI
Best Male Solo

1.JIN AKANISHI

2.KAZUYA KAMENASHI
3.GACKT
Best Female Solo

1.YUI
2.HARUNA ONO
3.HIKARU UTADA
Best MV 2011

1.RUN FOR YOU : KAT-TUN

2.ETERNAL : JIN AKANISHI
3.MADA MINU SEKAI HE : ARASHI
Best Single 2011

1.LOVE SURVIVE : SCANDAL

2.BIRTH : KAT-TUN

3.EPISODE 0 : GACKT
Best Album 2011

1.BABY ACTION : SCANDAL
2.HOW CRAZY YOUR LOVE : YUI
3.BEAUTIFUL WORLD : ARASHI
Best Boyband

1.KAT-TUN
2.ARASHI
3.SUPER JUNIOR M
Best Girlband

1.SCANDAL
2.PERFUME
3.AKB48
Most Promising Artist/Band

1.SCANDAL
2.KAT-TUN
3.YUI
Best Musical Ability (Vocal , insturement ,etc )

1.YUI
2.KAZUYA KAMENASHI
3.JIN AKANISHI
Best Use Of Sosial Media (Facebook , Twitter , etc )

1.JIN AKANISHI
2.AGNES MONICA
3.GACKT
New Artist/Band Of 2011

1.SEXY ZONE
2.NMB48
3.EGOIST
Sexiest Male Singer

1.KAZUYA KAMENASHI
2.JIN AKANISHI
3.GACKT
Sexiest Female Singer

1.YUI
2.KUMI KODA
3.HARUNA ONO
Most Wants To Be Girlfriend/Boyfriend

YUI
KAZUYA KAMENASHI
Favorite Artist/Band

1.THE GAZETTE
2.L'ARC~EN~CIEL
3.VERSAILLES
Best Solo

1.MIYAVI
2.HYDE
3.KAMIJO
Best Rocking PV 2011

1.THE SUICIDE CIRCUS : THE GAZETTE
2.VAMPIRE : VERSAILLES
3.CHANGE : L'ARC~EN~CIEL
Best Single 2011

1.PHILIA : VERSAILLES
2.JADE : X JAPAN
3.REMEMBER THE UDGE : THE GAZETTE
Best Album 2011

1.TOXIC : THE GAZETTE
2.HOLY GRAIL : VERSAILLES
3.TWENITY 2000-2010 : L'ARC~EN~CIEL
Best Rockband

1.X JAPAN
2.L'ARC~EN~CIEL
3.ONE OK ROCK
Best Rock Arc

1.THE GAZETTE
2.L'ARC~EN~CIEL

3.VERSAILLES
Most Promosing Artist/Band

1.THE GAZETTE

2.VERSAILLES

3.L'ARC~EN~CIEL
Best Musical Ability (Vocal , Instrument , etc )

1.MIYAVI
2.HYDE
3.KAMIJO
New Artist/Rock Band Of 2011

1.DEATHBIE
2.NEOPHILIA
3.UNITE

Sexiest Rocker

1.MIYAVI
2.HYDE
3.RINA SUZUKI



Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Hi peeps. I'm Shira Qila . Please enjoy yourself at my blog:D

underlined, bold

blockqoute


Diary About Stuff Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!


The Credits!

Template by : Cherrybam and NadyaWiwit
Basecode by : Nadya
Header by : Munirah
Sidebar coding : Kak Fatin Full Edited : ShiraQila

Best View at GOOGLE CHROME!